BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 17, 2010

NaSiHat BuatMu TeMaN


* Bertaqwalah kamu kepada Allah S.W.T di tempat terang mahupun tempat tersembunyi. Takutkan Allah seolah-oleh kamu melihat-Nya, sekiranya kamu tidak melihat-Nya maka Dia melihat kamu di mana sahaja kamu berada.



* Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W kerana Baginda merupakan idola bagi seluruh umat Islam.Kita mesti mencontohi segala perbuatan, percakapan dan ajaran yang telah dibawa oleh Baginda.




* Hendaklah kira redha dan bersyukur dengan segala rezki yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T samada sedikit atau banyak. sekiranya kita bersyukur dengan nikmat yang telah dikurniakan maka Allah S.W.T akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada kita.


* Sentiasa kembali kepada Allah S.w.t dalam apa jua urusan samada urusan duni mahupun urusan akhirat.


* Menjauhi segala larangan Allah S.W.T yakni maksiat dan elakkan diri daripada sahabat-sahabat yang boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat.

Monday, March 15, 2010

PerKaRa-peRKaRa yG PeRLu SmSa MeNUntut iLMU


Menuntut ilmu adalah merupakan fardhu a'in keatas setiap individu muslim. Bersesuaian dengan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t yang mengesa hamba-Nya menuntut ilmu dengan kalimah Iqra' yang bermaksud bacalah oleh mu wahai Muhammad. Walaupun ayat ini diturunkan kepada Rasulullah S.A.W tetapi perintahnya merangkumi semua umat Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T ketika kita menuntut ilmu , maka kita perlulah memenuhi syarat-syarat berikut:

* Niat yang ikhlas: Kita hendaklah berniat menuntut ilmu untuk mencari keredhaan Allah S.W.T semata-mata, barulah kita akan mendapat ganjaran pahala daripada-Nya. Barangsiapa yang berkehendakkan kebaikan dunia maka hendaklah ia mencari ilmu, barangsiapa yang hendak kebaikan akhirat , maka hendaklah dengan ilmu dan barangsiapa yang hendak kebaikan dunia dan akhirat juga hendaklah dengan ilmu.

* Meninggalkan maksiat: Maksiat merupakan penghalang kepada proses penerimaan ilmu pengetahuan , istemewanya ilmu agama. Ini boleh digambarkan melalui satu analogi iaitu: " Manusia seperti cermin, ilmu seperti cahaya dan maksiat seperti debu, bagaimana cahaya hendak menyinari cermin kalau cermin ditutupi oleh debu yang tebal". Oleh itu untuk mendapat manfaat ilmu , maka seseorang itu mestilah menyucikan dirinya terlebih dahulu daripada perkara-perkara maksiat.

* Tidak berbangga-bangga dengan ilmu yang ada. Tujuan kita menuntut ilmu adalah untuk menghapuskan kejahilan bukan bertujuan untuk memperkecilkan orang lain atau untuk berdebat untuk menentukan siapa yang lebih hebat. Namun begitu boleh berdebat untuk menegakkan kebenaran agama Allah S,W.T.

* Beramal dengan ilmu pengetahuan yang diperolehi. Sangatlah besar dosa disisi Allah S.W.T bagi seseorang yang dia mengatakan apa yang dia sendiri tidak mengamalkan. Di akhirat nanti ada satu golongan manusia yang akan mengheret perutnya ke sana-ke mari di tengah khalayak. Lalu orang bertanya apakah yang telah dilakukan. Maka orang inilah ulama' yang pandai bercakap sahaja tanpa mengamalkannya.

* Menghormati guru. Guru telah mengambil tugas sebagai rasul. Kalau rasul menyampaikan agama kepada manusia , maka guru pula menyampaikan ilmu kepada pelajar. Menghormati guru adalah merupakan faktor utama yang boleh mendatangkan keberkatan kepada pelajar tersebut. Imam as-Shafie tidak pernah tidur menghulurkan kakinya ke arah rumah gurunya kerana menghormati kedudukan seorang tuan guru.

* Amanah dengan ilmu. Seseorang yang diberi nikmat ilmu yang banyak mestilah amanah dengan ilmu yang telah mereka dapati. Ilmu itu hendak disampaikan apabila diminta oleh muridnya. Mereka juga mestilah bercakap benar walaupun pahit. Seorang ulama' yang membisukan dirinya daripada menyatakan kebenaran kerana menjaga kepentingan kedudukan, harta dan sebagainya maka ia akan dibangkitkan sebagai seekor syaitan bisu.

* Tidak mempelajari ilmu-ilmu yang bertentangan dengan Islam. Kita diwajibkan menuntut ilmu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam sahaja. Adapun belajar ilmu hitam, belajar menipu, belajar mencuri belajar cara-cara hendak memujuk perempuan untuk dijadikan girl friend dan sebagainya maka ia adalah tidak dibolehkan dalam Islam.

* Tidak meninggalkan kewajipan fardhu a'in. Semasa proses menuntut ilmu , kita tidak boleh mengabaikan kewajipan asas seperti solat, puasa, menjaga batasan pergaulan, menjaga aurat dan sebagainya.Sekiranya kita meninggalkan kewajipan tersebut maka kita tidak akan mendapat pahala dan proses belajar tersebut tidak dikira sebagai ibadat malahan akan mendapat dosa pula.

* Bersabar dalam menuntut ilmu. Menuntut ilmu memerlukan banyak kesabaran dan pengorbanan samada berbentuk dugaan harta, masa, masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Oleh kerana belajar juga merupakan satu ibadah , maka sudah tentu ia tidak akan terlepas daripada halangan , godaan serta bisikan syaitan. Oleh sebab itu seorang pelajar perlulah bersabar menempuhi segala mehnah dan tribulasi tersebut.

JANGAN RAMPAS HAK ORANG..


Salam...kadangkala kita melihat manusia yang hidup penuh dengan nikmat Allah SWT ini, tak pernah cukup-cukup..lalu melakukan perkara larangan Allah seperti mengambil atau merampas hak orang lain tanpa hak/kebenaran. Islam melarang kita dari mengambil hak milik orang lain tanpa kebenaran tuannya. Islam amat menghargai hak peribadi orang lain.


Rasulullah SAW pernah bersabda menegaskan hal ini agar kita menjauhi tabiat suka mengambil hak orang lain walaupun barang tersebut mempunyai nilai yang kecil...apatah lagi kalau yang bernilai besar atau mahal harganya..Perbuatan menggelapkan harta sesuatu kumpulan, jemaah, pertubuhan atau harta negara yang disitilahkan sebagai "korupsi" adalah juga suatu perbuatan yang terkutuk dan berdosa besar



Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim - Dari Abi Umamah Iyas bin Tha'labah al-Harisi r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

" Barangsiapa yang mengambil hak milik seseorang dengan sumpahnya (mengambil secara paksa atau merampas) maka Allah SWT telah mewajibkan neraka baginya dan mengaharamkan syurga untuknya dimasukinya. Kemudian seorang lelaki bertanya: "Kalau hanya barang yang sedikit Ya Rasulullah?.Nabi SAW menjawab walaupun hanya sebatang kayu araak ( kayu yang digunakan untuk bersiwak/bersugi)



Oleh itu marilah kita SAMA-SAMA BERINGAT agar kita tidak mengambil hak orang lain tanpa izin walaupun harta itu pada pandangan kita sangat kecil..sedangkan disisi Allah sangan besar azabnya..bayangkan kalau mengambil kayu sugi pun sudah begitu azabnya..bagaimana kalau yang dirampas itu kayu balak..atau lain-lain yang lebih besar..

Ziarah Kubur Lembut Hati


Menziarahi kubur merupakan sunnah Rasulullah SAW. Oleh itu mengikuti dan melakukannya adalah sesuatu yang dianjurkan. Kubur adalah tempat yang akan didiami oleh setiap manusia dan ini adalah perkara yang nyata bagi semua manusia. Dengan menziarahi kubur dapat mengingatkan kita kepada kematian dan dengan mengingati mati, hati akan menjadi lembut. Apabila hati lembut manusia akan menjadi manusia yang baik akhlaknya.

Orang yang mati yang berada dalam kubur, sebenarnya mereka bukannya mati tetapi hanya berpindah tempat sahaja. Mereka mengetahui segala apa yang terjadi selepas itu (mati). Di sanalah (kubur), mereka akan merasa menyesal kerana kurangnya beramal ketika berada di dunia. Tetapi penyesalan ketika berada dalam kubur sudah tidak bermakna lagi. Justeru, doa daripada orang yang hidup amat diperlukan bagi meringankan orang yang mati dari azab kubur.


Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Othman bin Affan r.a., apabila dia berdiri di hadapan sesuatu perkuburan, beliau menangis, sehingga basah janggutnya. Ada orang bertanya kepada beliau: “Tuan bilamana mengingat neraka tidak menangis, tetapi kenapa bilamana di tempat yang semacam ini lalu menangis?” Beliau menjawab bahawa Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kuburan itu adalah suatu tempat penginapan yang pertama dari penginapan-penginapan akhirat, jika ia selamat daripadanya, maka apa yang akan datang kemudian daripadanya akan lebih mudah dan senang, tetapi bilamana ia tidak selamat daripadanya, maka yang kemudian daripadanya akan lebih berat dan lebih sukar kepadanya.”

Seorang wali Allah, Yazid Ar-Raqasi berkata: “Barangsiapa yang melalui suatu perkuburan tetapi tidak mengambil teladan dan pengajaran, adalah ia terhitung golongan binatang.”